Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

Jom tutup Hiasanmu..

Tips berurusan dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.


Jaga diri, hiasi peribadi. (",)


p/s; pesanan Sahabat kepada sahabat... :-* :-\

RAHSIA pergerakan otot dalam solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat

(Halaqah.net)

Khamis, 9 Februari 2012

Janji Pelatih Mujahid Cinta

Di Kala akhir teruna melati
Ada tanda yang menyentuh dalam hati
Sudah Siapkah aku kini
Menjadi kadir yang sehati

Telah banyak yang aku dapatkan
Tentang erti hidup dan
Perjuangan Fi Sabilillah ditegakkan
Melaui hati,kata dan perbuatan

Kumohon kekuatan Ya Allah
Agar dapat aku jalankan
Amanah umat dan ikatan
Demi agama Islam

Kini tiba saat diwujudkan
Apa yang telah diberikan
Semoga Allah meredhai
Niat hati yang tulus ini

(Teks syair:M.Izzul Muslimin,2004) 

Fatwa Jihad

Bukan Panggilan nyiur melambai
Bukan ikatan Tanah air
Bukan seruan laut dan daratan
Bukan bisikan angin sepoi-sepoi bahasa
Bukan jeritan ladang dan sawah yang menguning emas
Bukan kerana serasah terjun
Bukan hempasan ombak deburan laut
Bukan nyanyian murai berkicau di waktu petang
Bukan merdunya kokok ayam bersahut-sahutan kala pagi
menyingsing
Bukan komando lolongan anjing di malam hari
Dan, bukan awan bergerak di senja hari

Tetapi....
Kerana ALLAH kami bersimbah peluh
Kerana ALLAH kami berkuah air mata
Kerana ALLAH kami bertumpah darah
Kerana ALLAH kami tinggalkan peraduan
dan
Kerana ALLAH kami sahut seruan

Untuk Jihad Fi Sabilillah
Harta...takhta...
dan..
Seluruh aksesori dunia
Kami pendam di laut samudera
Biar jiwa Muthma'inah
Berjumpa ALLAH Azza Wa Jalla..

(Teks syair :Irwanto,Koto Beringin ,15 April 2002)

p/s:Selamat berjuang buat para da'ie di luar sana..:)

Rabu, 21 Disember 2011

Soleh...

Kadang-kadang hidup ini kurasakan begitu sukar..ya,sukar untuk menempuh semua ini seorang diri.Penuh dengan ujian,dugaan dan halangan yang mematangkan fikiran tika usia begini.Ku terfikir bagaimana mereka yang diluar sana mengharungi semua ini..adakah mereka tiada ujian seperti ku..ah!tentu sekali tidak,kerana mereka yang bergelar insan tetap akan merasai ujian daripada ALLAH sebagai tanda kasih sayang-Nya.Aku tahu semua itu tapi hakikatnya hati ini kurasakan luluh dan rapuh lagi untuk bertahan.

Ku ingin jadi seperti mereka yang hidup dalam kerendahan hati.Mereka yang ku fikir tiada masalah tertaut di hati,menyeksa jiwa.Hidup ini penuh duri..renjau dan halangan.Mereka yang lemah sering ditindas oleh jiwa2 yang tiada hati perut!.mereka hanya melihat keburukan seseorang dan hanya pandai menyalahkan tapi tidak pandai menyentuh hati ini dari dalam..tidak pernah menyelami hati orang yang dipersalahkan.Ah!makin aku fikir,makin sakit hati ini..bagai dicucuk-cucuk dengan duri dan jarum.

`Hah! Budak nakal dah datang..buat kecoh di sini..’seorang lelaki yang amat ku kenal mengejek-ejekku di depan khalayak ramai.Apa mereka fikir aku ini tiada perasaan dan hati perut kah.Aku menundukkan kepala...ya,hanya itu yang dapat ku lakukan.

Memang dulu aku ini kaki botol..kaki judi dan macam-macam lagi pangkat yang dapat ku raih.Itu kisah silam yang menghantui diriku..aku ingin keluar dari kegelapan maksiat ini dan keluar menuju cahaya,cahaya yang terang menyenangkan jiwa seorang insan yang bergelar Hamba kepada Yang Esa.Mecium sejadah,menadah tangan memohon doa..itulah hasrat hatiku yang tidak pernah diketahui oleh orang lain.Namun,kemana jalan yang harus ku tuju dahulu..aku masih buntu,kabur dengan diri..tiada seorang pun yang dapat memanduku.mereka hanya tahu mengherdik,mencaci aku dengan kisah2 silamku.

Cukuplah memanggilku kaki botol,kaki maksiat..aku ingin dipanggil sebagai soleh dan baik seperti orang-orang yang ku fikir soleh di luar sana.Hidup ini penuh sengsara.Di pinggir jalan menjadi rumah kediamanku,sisa makanan di tong sampah menjadi pengalas perutku dan air mentah di pili paip menjadi minuman seharianku.

Kini,aku berada di sebuah pusat..tempat ku mencari kembali sinar hidup..hari-hari hidupku penuh dengan tarbiah dan kasih sayang insan-insan yang kuanggap sebagai keluarga baru selepas a ku mengenali  seorang insan ini..biarlah ku sebut namanya sebagai tauladan buat diriku dan diri mereka di sana..dialah Hairil Mujahid.Aku sayang padanya melebihi sayangku pada diriku.

`Ehm..ehm...aik imam muda kita ni termenung apa ye..sampai tak berkelip mata aku tengok..’Hairil menepuk bahuku.Aku tersedar dari lamunan panjang.

`oh..Ril..tak ada apa-apa..hanya ingat kisah silam..kisah jahiliyyah aku dulu..’Aku menarik tangannya untuk duduk di sebelahku.

`Kenangan yang lama jangan dikenang..ambil ia sebagai pengajaran buat kita ye!’dia memandangku.`Terima kasih ye...’Aku menahan air mata yang hampir meleleh di pipi.` Terima kasih kenapa ye..?’hairil bertanya..wajahnya kelihatan tertanya-tanya kenapa aku berterima kasih kepadanya. `Terima kasih sebab bantu aku..pimpin aku sampai ke sini’.Itulah yang aku katakan setiap kali bertemu dengan Hairil.`Bukan sebab aku kau berubah tapi sebab DIA..DIA sayangkan kau’ringkas jawapan yang diberi oleh Hairil tapi jawapan itu sangat berharga buatku.Aku hanya senyum.Benar..kita hanya mampu berusaha memimpin seseorang ke jalan ALLAH tapi ALLAH jua yang memberi hidayat padanya.Aku bersyukur kerana DIA masih memberiku peluang untuk menuju ke jalan-Nya.`Hairil Mujahid..uhibbuka Fillah..’itulah ucapan yang bererti sayang terhadap seseorang.Aku lafazkan kepada sahabatku.`Sejak bila pula sahabat aku ni jiwang semacam je..kena sampuk ke..?’Hairil melihatku sambil tersenyum.Tergelak aku dengan jawapannya.`Eleh...buat2 tak kenal pulak aku macam mana..’Aku meletakkan cawan yang ku pegang di atas meja.`Uhibbuka Fillah Kaman..’.Hairil menepuk belakangku.Aku dan Hairil ibarat kembar..yang tidak dapat dipisahkan kecuali dengan takdir-Nya.Aku jalinkan ukhwah persahabatanku dengannya kerana ALLAH semata-mata.Indahnya hidup dengan iman.Beberapa minit kemudian,azan maghrib berkumandang.Hairil mengajakku berjemaah di Masjid Ar-Rahman.Aku disuruh untuk mengimamkan solat tersebut.

Sementara menunggu Bilal malaungkan azan solat isyak, aku sempat berbual dengan Hairil.Kali ini ucapan Hairil sangat menyentuh jiwaku.

`Soleh..esok aku harap dapat solat berjemaah begini lagi..’Hairil memandangku sambil kakinya berlunjur ke arah pintu masjid.

`Insyaallah, kalau diizin-Nya..kita solat berjemaah lagi..kenapa kau kata begitu..’Aku memegang tangannya.Hangat.Aku ingin merasa suhu badannya.Mungkin Hairil tidak sihat sebab berbicara bukan-bukan sahaja.Tiba-tiba jantungku berdegup tahap maksima.

`Tak ada apa-apa..Cuma aku takut aku mati dalam keadaan hina dan dosa’Hairil menundukkan pandangan.Rasa hendak tercabut jantungku mendengar kata-katanya.`Ish..jangan main-main dengan mati ni..kita cakap pasal lain ye..’Aku cuba mengalihkan topik perbualan.`Kenapa?kau takut aku mati ye..’Hairil senyum.`Em..ye la..aku takut kehilangan kau..kau kan sahabat aku dunia akhirat’.`Sayang jugak kau kat aku ye..’Hairil melihatku dengan wajah biasa.Aku tunduk malu.Aku dan Hairil bangun memenuhkan saf hadapan.Kali ini,Hairil mengimamkan solat.

Bacaan surah Al-waqiah yang dibaca oleh Hairil sangat syahdu dan membuatkan seseorang mengalirkan air mata apabila mendengarnya.Sesudah ruku’..diikuti pula dengan sujud.Di saat sujud,aku tidak dapat lagi manahan sebakku di dada.Sekarang,sudah masuk rakaat keempat,aku mengikuti langkah imam untuk sujud.Tiba-tiba kurasakan semuanya kabur..nafasku tersekat-sekat.Semuanya menjadi pudar..bacaan Allahuakhbar ku dengar semakin perlahan.Adakah saat ini akan ku bertemu dengan Pencipta nyawa ini..Iya..rupa-rupanya itu bukan tanda Hairil yang akan meninggalkan aku tapi aku..aku yang akan bertemu dengannya-Nya dahulu...Lailaha Illallah..Muhammadurrasululluh..gelap.



p/s: Kisah ini saya rungkaikan buat kita yang diluar sana..pujuklah jiwa2 insan dengan hikmah dan bijaksana..bukan kepada herdikan serta cemuhan semata-mata.




Selasa, 22 November 2011

InsyaAllah,jumpa lagi..

Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca yang dikasihi Allah sentiasa.Moga berada dlm keadaan sihat dan yang penting berada dlm redha-Nya...saya mohon maaf kerana lama tak post di blog kerana terdapat beberapa hal yg msti didahulukan..ya,selagi hidup..kita tak terlepas dari masalah,ujian..tapi dengannya jua kita belajar, tarbiyyah diri yang jahil ni kepada diri yang alim..InsyaAllah.
InsyaAllah, minggu depan berangkat ke Sumatera bersama rakan-rakan dan guru.Terkadang rasa berat hati untuk meninggalkan tanah air walaupun buat sementara waktu sahaja tapi tak apalah, kata orang..kalau pergi nagara orang ni, dpt blajar dari pengalaman..
Entahlah bagaimana keadaan di sana nanti...insyaAllah, semuanya baik2 dengan izin-Nya.Tawakal itu penting selagi nyawa dikandung badan dan selagi bergelar ISLAM.Dengannya hidup kita lebih tenang dan aman dari “penyakit hati”.
Saya mengambil kesempatan ini, mohon kemaafan andai ada tersilap, terkasar kata2 dan sebagainya.Doakan saya selamat pergi dan pulang.Mungkin doa kalian lebih cepat dimakbulkan oleh-Nya berbanding diri saya...insyaAllah.
Akhir kalam..buatlah setiap amanah,tanggungjawab dan pekerjaan dengan  sebaik  mungkin kerana Allah dan bukan kerna nama, pangkat atau semata-mata menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang ada.Ingat! kepada siapakah kita akan kembali kalau bukan ke hadrat-Nya..wallahua’lam.