Halaman

Rabu, 21 Disember 2011

Soleh...

Kadang-kadang hidup ini kurasakan begitu sukar..ya,sukar untuk menempuh semua ini seorang diri.Penuh dengan ujian,dugaan dan halangan yang mematangkan fikiran tika usia begini.Ku terfikir bagaimana mereka yang diluar sana mengharungi semua ini..adakah mereka tiada ujian seperti ku..ah!tentu sekali tidak,kerana mereka yang bergelar insan tetap akan merasai ujian daripada ALLAH sebagai tanda kasih sayang-Nya.Aku tahu semua itu tapi hakikatnya hati ini kurasakan luluh dan rapuh lagi untuk bertahan.

Ku ingin jadi seperti mereka yang hidup dalam kerendahan hati.Mereka yang ku fikir tiada masalah tertaut di hati,menyeksa jiwa.Hidup ini penuh duri..renjau dan halangan.Mereka yang lemah sering ditindas oleh jiwa2 yang tiada hati perut!.mereka hanya melihat keburukan seseorang dan hanya pandai menyalahkan tapi tidak pandai menyentuh hati ini dari dalam..tidak pernah menyelami hati orang yang dipersalahkan.Ah!makin aku fikir,makin sakit hati ini..bagai dicucuk-cucuk dengan duri dan jarum.

`Hah! Budak nakal dah datang..buat kecoh di sini..’seorang lelaki yang amat ku kenal mengejek-ejekku di depan khalayak ramai.Apa mereka fikir aku ini tiada perasaan dan hati perut kah.Aku menundukkan kepala...ya,hanya itu yang dapat ku lakukan.

Memang dulu aku ini kaki botol..kaki judi dan macam-macam lagi pangkat yang dapat ku raih.Itu kisah silam yang menghantui diriku..aku ingin keluar dari kegelapan maksiat ini dan keluar menuju cahaya,cahaya yang terang menyenangkan jiwa seorang insan yang bergelar Hamba kepada Yang Esa.Mecium sejadah,menadah tangan memohon doa..itulah hasrat hatiku yang tidak pernah diketahui oleh orang lain.Namun,kemana jalan yang harus ku tuju dahulu..aku masih buntu,kabur dengan diri..tiada seorang pun yang dapat memanduku.mereka hanya tahu mengherdik,mencaci aku dengan kisah2 silamku.

Cukuplah memanggilku kaki botol,kaki maksiat..aku ingin dipanggil sebagai soleh dan baik seperti orang-orang yang ku fikir soleh di luar sana.Hidup ini penuh sengsara.Di pinggir jalan menjadi rumah kediamanku,sisa makanan di tong sampah menjadi pengalas perutku dan air mentah di pili paip menjadi minuman seharianku.

Kini,aku berada di sebuah pusat..tempat ku mencari kembali sinar hidup..hari-hari hidupku penuh dengan tarbiah dan kasih sayang insan-insan yang kuanggap sebagai keluarga baru selepas a ku mengenali  seorang insan ini..biarlah ku sebut namanya sebagai tauladan buat diriku dan diri mereka di sana..dialah Hairil Mujahid.Aku sayang padanya melebihi sayangku pada diriku.

`Ehm..ehm...aik imam muda kita ni termenung apa ye..sampai tak berkelip mata aku tengok..’Hairil menepuk bahuku.Aku tersedar dari lamunan panjang.

`oh..Ril..tak ada apa-apa..hanya ingat kisah silam..kisah jahiliyyah aku dulu..’Aku menarik tangannya untuk duduk di sebelahku.

`Kenangan yang lama jangan dikenang..ambil ia sebagai pengajaran buat kita ye!’dia memandangku.`Terima kasih ye...’Aku menahan air mata yang hampir meleleh di pipi.` Terima kasih kenapa ye..?’hairil bertanya..wajahnya kelihatan tertanya-tanya kenapa aku berterima kasih kepadanya. `Terima kasih sebab bantu aku..pimpin aku sampai ke sini’.Itulah yang aku katakan setiap kali bertemu dengan Hairil.`Bukan sebab aku kau berubah tapi sebab DIA..DIA sayangkan kau’ringkas jawapan yang diberi oleh Hairil tapi jawapan itu sangat berharga buatku.Aku hanya senyum.Benar..kita hanya mampu berusaha memimpin seseorang ke jalan ALLAH tapi ALLAH jua yang memberi hidayat padanya.Aku bersyukur kerana DIA masih memberiku peluang untuk menuju ke jalan-Nya.`Hairil Mujahid..uhibbuka Fillah..’itulah ucapan yang bererti sayang terhadap seseorang.Aku lafazkan kepada sahabatku.`Sejak bila pula sahabat aku ni jiwang semacam je..kena sampuk ke..?’Hairil melihatku sambil tersenyum.Tergelak aku dengan jawapannya.`Eleh...buat2 tak kenal pulak aku macam mana..’Aku meletakkan cawan yang ku pegang di atas meja.`Uhibbuka Fillah Kaman..’.Hairil menepuk belakangku.Aku dan Hairil ibarat kembar..yang tidak dapat dipisahkan kecuali dengan takdir-Nya.Aku jalinkan ukhwah persahabatanku dengannya kerana ALLAH semata-mata.Indahnya hidup dengan iman.Beberapa minit kemudian,azan maghrib berkumandang.Hairil mengajakku berjemaah di Masjid Ar-Rahman.Aku disuruh untuk mengimamkan solat tersebut.

Sementara menunggu Bilal malaungkan azan solat isyak, aku sempat berbual dengan Hairil.Kali ini ucapan Hairil sangat menyentuh jiwaku.

`Soleh..esok aku harap dapat solat berjemaah begini lagi..’Hairil memandangku sambil kakinya berlunjur ke arah pintu masjid.

`Insyaallah, kalau diizin-Nya..kita solat berjemaah lagi..kenapa kau kata begitu..’Aku memegang tangannya.Hangat.Aku ingin merasa suhu badannya.Mungkin Hairil tidak sihat sebab berbicara bukan-bukan sahaja.Tiba-tiba jantungku berdegup tahap maksima.

`Tak ada apa-apa..Cuma aku takut aku mati dalam keadaan hina dan dosa’Hairil menundukkan pandangan.Rasa hendak tercabut jantungku mendengar kata-katanya.`Ish..jangan main-main dengan mati ni..kita cakap pasal lain ye..’Aku cuba mengalihkan topik perbualan.`Kenapa?kau takut aku mati ye..’Hairil senyum.`Em..ye la..aku takut kehilangan kau..kau kan sahabat aku dunia akhirat’.`Sayang jugak kau kat aku ye..’Hairil melihatku dengan wajah biasa.Aku tunduk malu.Aku dan Hairil bangun memenuhkan saf hadapan.Kali ini,Hairil mengimamkan solat.

Bacaan surah Al-waqiah yang dibaca oleh Hairil sangat syahdu dan membuatkan seseorang mengalirkan air mata apabila mendengarnya.Sesudah ruku’..diikuti pula dengan sujud.Di saat sujud,aku tidak dapat lagi manahan sebakku di dada.Sekarang,sudah masuk rakaat keempat,aku mengikuti langkah imam untuk sujud.Tiba-tiba kurasakan semuanya kabur..nafasku tersekat-sekat.Semuanya menjadi pudar..bacaan Allahuakhbar ku dengar semakin perlahan.Adakah saat ini akan ku bertemu dengan Pencipta nyawa ini..Iya..rupa-rupanya itu bukan tanda Hairil yang akan meninggalkan aku tapi aku..aku yang akan bertemu dengannya-Nya dahulu...Lailaha Illallah..Muhammadurrasululluh..gelap.



p/s: Kisah ini saya rungkaikan buat kita yang diluar sana..pujuklah jiwa2 insan dengan hikmah dan bijaksana..bukan kepada herdikan serta cemuhan semata-mata.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan