Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Nafsu oh..nafsu...

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-khaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang ertinya: "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bererti: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang da`if dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal, tidak Aku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bererti: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Selasa, 8 Mac 2011

Surat untuk Akhi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akhi fi al Islam,
   Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah apatah lagi daripada murka Allah S.W.T. Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah S.W.T setelah melakukan solat istikharah (Subhanallah.. moga ini bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk Allah S.W.T. untuk ana menzahirkan apa yang lama terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar senang difahami dan tidak disalah ertikan nanti.

Akhi,
   Memang telah agak lama tiada khabar berita, namun bukan bererti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi. Sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi.
   Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar menuntut pertimbangan yang waras dan pengorbanan yang jitu andai kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan sel-sel neuron ana semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah yang suci kerana Allah S.W.T.? Tetapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu misscall selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang tanpa kita sedari natijahnya, hati bisa dirasuk oleh perasaan halus yang didalangi nafsu syaitan, yang menyelinap penuh senyap-senyap. Jangan biarkan ia mencemari ukhwah kita. Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.

   “Enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?”
  
   Sebagai orang asing dalam hidup ana, akhi seharusnya sedar bahawa ana memang berhak meragui diri akhi. Alhamdulillah pendidikan agama asuhan keluarga yang disemai sejak kecil masih terpasak teguh membina jati diri ana. Ana perlu tahu menjaga diri tanpa terburu-buru menghadiahkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain, apatah lagi orang yang berada di luar lingkungan rumah ana. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan luaran semata-mata, malah yang lebih penting adalah dalaman insani yang mana kemuliaannya pasti ditunjangi aqidah. Buku tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, ya itu benar. Tetapi siapa tahu apakah yang terbuku di sebalik wajah lahiriah? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang?
   Benar, siapalah ana untuk menilai keikhlasan diri orang lain, apatah lagi mendabik dada mengakui keluhuran hati sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Janganlah hendaknya kita lupa, darjah pangkat manusia di sisi Allah dinilai berdasarkan ketaqwaan kepadaNya.
   “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah S.W.T., nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Anfal:29)
   Akhi, sebelum kita beria-ia mengidamkan kepercayaan manusia atas ketulusan kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati itu kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya diterima di sisiNya sebagai hamba yang taat itu jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubillahiminzalik.
   
   “Enti tahu bukan, ana sudah berusaha sedaya upaya untuk berjaya sebagai yang terbaik. Ana juga berusaha untuk ke overseas. Kita bakal menjadi doktor. Entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai ke tahap ini. Ana berusaha menjadi apa yang enti impikan.”


   Masya Allah. Astaghfirullahalazim.Kenapa mesti akhi niatkan sebegitu? Kenapa mesti akhi niatkan untuk menjadi doktor kerana.. kerana ana? Niat akhi kerana ana? Kerana impian ana? Kenapa?

   Ya Allah, aku memohon keampunanMu andainya aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini ya Allah. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu agar memeliharaku daripada menjadi asbab kepada khalifahMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya mutlak keranaMu.

   Ana tak minta akhi buat semua itu kerana ana. Siapalah ana untuk didedikasikan apa yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta kita. Sesungguhnya, hanya Dialah yang berhak dicintai melebihi segala-galanya. Dia yang telah menciptakan kita daripada titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna, menghirup limpahan nikmatNya dalam setiap titis nafas kita. Ana khuatir, kalau-kalau akhi terlupa akan perjuangan kita sebagai da’ie di bumi Allah S.W.T. ini. Kita khalifah yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang berat untuk dilaksanakan, kecuali bagi yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Akhi, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata batin, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang dikurniakan Allah. Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya, ikhlas keranaNya, bukan kerana hambaNya.
   Profesion yang didoakan menjadi destinasi kita sekarang menuntut pengorbanan yang tinggi dan sangat mulia jika diiringi oleh niat yang betul dan ikhlas kerana Allah Taala. Alangkah ruginya jika akhi membataskan matlamat perjalanan akhi ini kerana makhluk ciptaan Allah sahaja, sebaliknya lihatlah dengan konteks yang lebih meluas. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan memperbetulkan niat dalam setiap tindakan.

   “Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya. Ana ikhlas nak mengenali enti. Boleh kita jumpa untuk lebih mengenali?”
   Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita? Untuk apa – dan apakah yang akhi maksudkan dengan – lebih mengenali? Adakah untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lompong-lompong kelemahan dalam diri kita? Tidak ingatkah akhi, hadis Rasulullah S.A.W., apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan? Tidak takutkah akhi, dengan mengenali dengan lebih dekat seorang wanita, dapat menimbulkan fitnah kelak. Sebelum baginda wafat, Rasulullah S.A.W. pernah berpesan bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman datang daripada golongan Hawa. Semoga diriku yang lemah ini dipelihara oleh Allah S.W.T. daripada menjadi alat syaitan, apatah lagi mangsa bisikannya.
   Akhi, bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki yang bukan mahram untuk ‘saling mengenali’. Ukhwah yang terjalin ini pun sudah dikira anugerah Allah S.W.T. yang sepatutnya kita hargai. Sudah berapa banyak tasbih dan tahmid yang ana lafazkan sebagai panjatan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ikatan persahabatan ini? Akhi, adik akhi adalah kawan ana, dan terjalinnya ukhwah ini pun berpunca daripada kawan ana. Ana sungguh janggal untuk berkenal-kenalan dengan lelaki, memandangkan kawan lelaki  ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah berasrama penuh yang khas untuk pelajar puteri sahaja, sementelahan pula, penekanan dan pengamalan agamanya adalah praktikal di sana. Ustaz dan ustazahnya pun sangat baik. Syukur sangat-sangat. Berbalik kepada persoalan tadi, ana ingin bertanya, apa perlunya pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita daripada mengingati Allah S.W.T.?
   Astaghfirullah. Ya Allah, jauhilah diriku daripada menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Jauhilah diriku daripada perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

   Akhi,
   Selagi ana belum berumahtangga, ibu bapa analah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka terlalu mustahak dalam hidup ana. Ibu bapa perlu diberi keutamaan, kerana insya-Allah, restu mereka akan mengundang kebahagiaan buat anak-anak.
   Tidak perlulah akhi merancang untuk mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke Mekah hanya kerana itu adalah impian akhi bersama bakal isteri akhi nanti. Dahulukanlah ibu bapa akhi, bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka, bukan kepada diri ana. Bawalah mereka ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji terlebih dahulu.
   Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh. Walaupun selepas kahwin, syurga akhi masih terletak di bawah tapak kaki ibu akhi. Sebaliknya, untuk ana, restu suami itu adalah yang paling utama sesudah ijab kabul. Kunci pintu syurga bagi seorang isteri adalah suaminya.
   Ibu bapa mentua sama tarafnya, sama tuntutan ketaatan ke atas mereka, seperti ibu bapa sendiri. Seperti mana ana mengasihi, menyayangi, dan mencintai ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih sayang dan cinta ana kepada bakal mentua nanti. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya.
  
   Akhi,
   Pada akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita ini. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ia tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
   Yakinlah dengan janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, serta demikianlah juga sebaliknya. Insya-Allah jika kita sama-sama menjaga batas pergaulan yang dituntut syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap Muslim mengimpikan wanita solehah bak bidadari syurga yang bakal memberikan syurga di dunia. Demikian juga Muslimah yang mengimpikan mujahid Allah S.W.T. yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kepada Rabbul Izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu memberi peringatan kepadanya tatkala dirinya lupa atau ragu akan nikmat dan rahmat Allah. Subhanallah.
   Sekiranya telah ditakdirkan terbuka pintu hati ana untuk menerima suami ana nanti, insya-Allah tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari oleh cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T., kita merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Ana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah S.W.T. untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dialah yang terbaik untuk diri ana nanti kerana Allah telah menetapkannya. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNya nanti. Letakkanlah keyakinan, gantungkanlah harapan dengan Allah. Redhalah dengan ketetapanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui segalanya!

   Oh Allah S.W.T., diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Oh Allah S.W.T., andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah.

   Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....(Halaqah)

Ya Rabb...daku hanya insan biasa yang sering lalai...jadikanlah cinta ku hanya keranaMu....Jauhilah aku dari cinta palsu...Amin..

Jumaat, 4 Mac 2011

Tudung bulat kolot...?

Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

“ kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”

“Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we.”

“Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.



Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna <span>guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian</span> . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.





Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH...

Allahu alam…

Madu Utama...
Madah hatiku, 7 Muharam 1431 H; 24.12.09; 5.27am
tulisan pertamaku...(halaqah)


buat Mujahid..

Assalamualaikum..

Kepada Mujahid ku yang dicintai

Mujahid,
Aku mahu kamu mengerti,
Tiada yang lebih bernilai dari intan permata,selain redha dan cinta dari Rabbi,
Tiada yang lebih indah dari segala,melainkan rindu dan cinta dari al HUBB..pemilik segala cinta.
Tiada yang lebih manis dari halwa,melainkan halawatul iman(kemanisan iman),pemberian Ar- Rahman.

Mujahid,
Aku hanya bunga kecilan,tiada haruman.
Insan hina yang masih meraba redha yang Illah.
Aku tak harapkan apa2,bukan rupa yang dicita,juga bukan harta berjuta,
Apa yang pasti,aku tetap cuba bermujahadah,utuh dan teguh pada jalan dakwah dan tarbiah,
Bukan merasa diri paling sempurna,Cuma menyambung tugasan insan terpilih Muhammad SAW
Kerana dia kekasih yang terulung selepas abi dan ummi.
Pernah dahulu bunga ini terjatuh dalam lohong gelap hitam..
Menggadai maruah dan wangian demi cinta dunia
Mengikis kelopak sendiri demi kepuasan nafsu hati
Menabur debu jijik pada jasad yang kontang rohani
Ya Allah..hanya Kau yang layak mengampuni…

Mujahid..
Aku tak pasti siapa geranganmu,dari mana asal usulmu,adakah kau yang dicipta utkku
Aku bicara dalam hati,”Allah itu maha mengadili,tak pernah zhalim pada abdi”
Tak ku harap engkau sempurna segenap segi
Memadai andai cintamu hanya untuk ilahi,
Malammu diisi denga rafakkan sembah sujud pada yang Rabbul ‘izzati,
Menangisi dosa diri yang tak bertepi.
Hidupmu ceria dengan teladan nabi yang ummi
Tenang dan sederhana,tapi penuh wacana islami.
Bukan dunia yang kau idami,akhrawi yang kau agungi tanpa henti.
Pakaian mu indah bukan kerana jenama,
Bukan juga hiasan yang fana,
Laparmu setiap hari kerana membatasi nafsu manusiawi,
Solatmu tak pernah sepi dengan tadahan tangan merendahkan diri dan hati
Tunduk..sujud..rapat pada Ya Rahim..

Mujahid,
Kau syabab impian,
Kerdipanmu umpama lu’lu’ dan marjan
Yang siapsiaga menghulur senjata membunuh ‘kuffar’ dalam diri,
Menggenggam tangan aku sebagai isteri,
Memanduku sebagai bidadari,bukan di dunia bahkan kau turuti di taman firdausi
Amarah bukan panduanmu,hikmah pilihanmu
Tarbiah mengajar diri,nasihat melakar potensi,
Tak pernah jemu menadah ilmu,tak pernah haru melayan kitab dan buku.
Hidup mu terisi,insyaAllah dalam redha Ilahi

Mujahid,biar siapapun kamu,aku ingin kau tahu kau syabab impian
Sungguhpun aku sihina,sibunga layu
Namun aku ingin kau tahu
Aku menanti dirimu!
                             
Bidadarimu,
                              Hurul ‘ain jannah.


(halaqah)

Wahai muslimah @---

Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

   Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

   Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

   Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap  begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

renung-renungkanlah..(halaqah)

Muhasabah seorang muslimah...

Muhasabah Seorang Wanita Shalihah


Jadilah seorang wanita shalihah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridha Allah
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang wanita shalihah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita shalihah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orangtua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita shalihah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita shalihah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita sholihah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita shalihah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita shalihah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.
(halaqah)

Khamis, 3 Mac 2011

Air coke dan hidup kita

Nak Kongsi cerita pasal air coke... sesapa yang suka sangat minum air coke, henti2 kan lah...


"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah




Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci

toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..(halaqah)