Halaman

Rabu, 21 Disember 2011

Soleh...

Kadang-kadang hidup ini kurasakan begitu sukar..ya,sukar untuk menempuh semua ini seorang diri.Penuh dengan ujian,dugaan dan halangan yang mematangkan fikiran tika usia begini.Ku terfikir bagaimana mereka yang diluar sana mengharungi semua ini..adakah mereka tiada ujian seperti ku..ah!tentu sekali tidak,kerana mereka yang bergelar insan tetap akan merasai ujian daripada ALLAH sebagai tanda kasih sayang-Nya.Aku tahu semua itu tapi hakikatnya hati ini kurasakan luluh dan rapuh lagi untuk bertahan.

Ku ingin jadi seperti mereka yang hidup dalam kerendahan hati.Mereka yang ku fikir tiada masalah tertaut di hati,menyeksa jiwa.Hidup ini penuh duri..renjau dan halangan.Mereka yang lemah sering ditindas oleh jiwa2 yang tiada hati perut!.mereka hanya melihat keburukan seseorang dan hanya pandai menyalahkan tapi tidak pandai menyentuh hati ini dari dalam..tidak pernah menyelami hati orang yang dipersalahkan.Ah!makin aku fikir,makin sakit hati ini..bagai dicucuk-cucuk dengan duri dan jarum.

`Hah! Budak nakal dah datang..buat kecoh di sini..’seorang lelaki yang amat ku kenal mengejek-ejekku di depan khalayak ramai.Apa mereka fikir aku ini tiada perasaan dan hati perut kah.Aku menundukkan kepala...ya,hanya itu yang dapat ku lakukan.

Memang dulu aku ini kaki botol..kaki judi dan macam-macam lagi pangkat yang dapat ku raih.Itu kisah silam yang menghantui diriku..aku ingin keluar dari kegelapan maksiat ini dan keluar menuju cahaya,cahaya yang terang menyenangkan jiwa seorang insan yang bergelar Hamba kepada Yang Esa.Mecium sejadah,menadah tangan memohon doa..itulah hasrat hatiku yang tidak pernah diketahui oleh orang lain.Namun,kemana jalan yang harus ku tuju dahulu..aku masih buntu,kabur dengan diri..tiada seorang pun yang dapat memanduku.mereka hanya tahu mengherdik,mencaci aku dengan kisah2 silamku.

Cukuplah memanggilku kaki botol,kaki maksiat..aku ingin dipanggil sebagai soleh dan baik seperti orang-orang yang ku fikir soleh di luar sana.Hidup ini penuh sengsara.Di pinggir jalan menjadi rumah kediamanku,sisa makanan di tong sampah menjadi pengalas perutku dan air mentah di pili paip menjadi minuman seharianku.

Kini,aku berada di sebuah pusat..tempat ku mencari kembali sinar hidup..hari-hari hidupku penuh dengan tarbiah dan kasih sayang insan-insan yang kuanggap sebagai keluarga baru selepas a ku mengenali  seorang insan ini..biarlah ku sebut namanya sebagai tauladan buat diriku dan diri mereka di sana..dialah Hairil Mujahid.Aku sayang padanya melebihi sayangku pada diriku.

`Ehm..ehm...aik imam muda kita ni termenung apa ye..sampai tak berkelip mata aku tengok..’Hairil menepuk bahuku.Aku tersedar dari lamunan panjang.

`oh..Ril..tak ada apa-apa..hanya ingat kisah silam..kisah jahiliyyah aku dulu..’Aku menarik tangannya untuk duduk di sebelahku.

`Kenangan yang lama jangan dikenang..ambil ia sebagai pengajaran buat kita ye!’dia memandangku.`Terima kasih ye...’Aku menahan air mata yang hampir meleleh di pipi.` Terima kasih kenapa ye..?’hairil bertanya..wajahnya kelihatan tertanya-tanya kenapa aku berterima kasih kepadanya. `Terima kasih sebab bantu aku..pimpin aku sampai ke sini’.Itulah yang aku katakan setiap kali bertemu dengan Hairil.`Bukan sebab aku kau berubah tapi sebab DIA..DIA sayangkan kau’ringkas jawapan yang diberi oleh Hairil tapi jawapan itu sangat berharga buatku.Aku hanya senyum.Benar..kita hanya mampu berusaha memimpin seseorang ke jalan ALLAH tapi ALLAH jua yang memberi hidayat padanya.Aku bersyukur kerana DIA masih memberiku peluang untuk menuju ke jalan-Nya.`Hairil Mujahid..uhibbuka Fillah..’itulah ucapan yang bererti sayang terhadap seseorang.Aku lafazkan kepada sahabatku.`Sejak bila pula sahabat aku ni jiwang semacam je..kena sampuk ke..?’Hairil melihatku sambil tersenyum.Tergelak aku dengan jawapannya.`Eleh...buat2 tak kenal pulak aku macam mana..’Aku meletakkan cawan yang ku pegang di atas meja.`Uhibbuka Fillah Kaman..’.Hairil menepuk belakangku.Aku dan Hairil ibarat kembar..yang tidak dapat dipisahkan kecuali dengan takdir-Nya.Aku jalinkan ukhwah persahabatanku dengannya kerana ALLAH semata-mata.Indahnya hidup dengan iman.Beberapa minit kemudian,azan maghrib berkumandang.Hairil mengajakku berjemaah di Masjid Ar-Rahman.Aku disuruh untuk mengimamkan solat tersebut.

Sementara menunggu Bilal malaungkan azan solat isyak, aku sempat berbual dengan Hairil.Kali ini ucapan Hairil sangat menyentuh jiwaku.

`Soleh..esok aku harap dapat solat berjemaah begini lagi..’Hairil memandangku sambil kakinya berlunjur ke arah pintu masjid.

`Insyaallah, kalau diizin-Nya..kita solat berjemaah lagi..kenapa kau kata begitu..’Aku memegang tangannya.Hangat.Aku ingin merasa suhu badannya.Mungkin Hairil tidak sihat sebab berbicara bukan-bukan sahaja.Tiba-tiba jantungku berdegup tahap maksima.

`Tak ada apa-apa..Cuma aku takut aku mati dalam keadaan hina dan dosa’Hairil menundukkan pandangan.Rasa hendak tercabut jantungku mendengar kata-katanya.`Ish..jangan main-main dengan mati ni..kita cakap pasal lain ye..’Aku cuba mengalihkan topik perbualan.`Kenapa?kau takut aku mati ye..’Hairil senyum.`Em..ye la..aku takut kehilangan kau..kau kan sahabat aku dunia akhirat’.`Sayang jugak kau kat aku ye..’Hairil melihatku dengan wajah biasa.Aku tunduk malu.Aku dan Hairil bangun memenuhkan saf hadapan.Kali ini,Hairil mengimamkan solat.

Bacaan surah Al-waqiah yang dibaca oleh Hairil sangat syahdu dan membuatkan seseorang mengalirkan air mata apabila mendengarnya.Sesudah ruku’..diikuti pula dengan sujud.Di saat sujud,aku tidak dapat lagi manahan sebakku di dada.Sekarang,sudah masuk rakaat keempat,aku mengikuti langkah imam untuk sujud.Tiba-tiba kurasakan semuanya kabur..nafasku tersekat-sekat.Semuanya menjadi pudar..bacaan Allahuakhbar ku dengar semakin perlahan.Adakah saat ini akan ku bertemu dengan Pencipta nyawa ini..Iya..rupa-rupanya itu bukan tanda Hairil yang akan meninggalkan aku tapi aku..aku yang akan bertemu dengannya-Nya dahulu...Lailaha Illallah..Muhammadurrasululluh..gelap.



p/s: Kisah ini saya rungkaikan buat kita yang diluar sana..pujuklah jiwa2 insan dengan hikmah dan bijaksana..bukan kepada herdikan serta cemuhan semata-mata.




Selasa, 22 November 2011

InsyaAllah,jumpa lagi..

Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca yang dikasihi Allah sentiasa.Moga berada dlm keadaan sihat dan yang penting berada dlm redha-Nya...saya mohon maaf kerana lama tak post di blog kerana terdapat beberapa hal yg msti didahulukan..ya,selagi hidup..kita tak terlepas dari masalah,ujian..tapi dengannya jua kita belajar, tarbiyyah diri yang jahil ni kepada diri yang alim..InsyaAllah.
InsyaAllah, minggu depan berangkat ke Sumatera bersama rakan-rakan dan guru.Terkadang rasa berat hati untuk meninggalkan tanah air walaupun buat sementara waktu sahaja tapi tak apalah, kata orang..kalau pergi nagara orang ni, dpt blajar dari pengalaman..
Entahlah bagaimana keadaan di sana nanti...insyaAllah, semuanya baik2 dengan izin-Nya.Tawakal itu penting selagi nyawa dikandung badan dan selagi bergelar ISLAM.Dengannya hidup kita lebih tenang dan aman dari “penyakit hati”.
Saya mengambil kesempatan ini, mohon kemaafan andai ada tersilap, terkasar kata2 dan sebagainya.Doakan saya selamat pergi dan pulang.Mungkin doa kalian lebih cepat dimakbulkan oleh-Nya berbanding diri saya...insyaAllah.
Akhir kalam..buatlah setiap amanah,tanggungjawab dan pekerjaan dengan  sebaik  mungkin kerana Allah dan bukan kerna nama, pangkat atau semata-mata menunjuk-nunjuk dengan kebaikan yang ada.Ingat! kepada siapakah kita akan kembali kalau bukan ke hadrat-Nya..wallahua’lam.

Selasa, 25 Oktober 2011

LUKISAN ALAM

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu rendah
malam suram tak berbintang
itulah lukisan alam
begitu aturan TUHAN

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipikul ribut
jadilah karang di dasar lautan 
tak terusik dilanda badai
dalam sukar....
 hitung kesyukuranmu
dalam senang...
awasi kealpaanmu
setitis derita segunung kurniaan-Nya
Jangan kau harapkan kesenangan
Hidup satu perjuangan
Jangan dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam...
taburkanlah baktimu
dalam tenang...
buangkan amarahmu
suburkan sabar
dalam jiwamu itu
kini kau masih dalam timangan
dewasalah bersama harapan
kenalilah erti kehidupan
hiduplah bersama islam
bahagialah bersama iman





Sabtu, 22 Oktober 2011

Karamah Pulang dari Makkah


Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca yang dikasihi Allah sekalian..moga kita sentiasa dalam rahmat-Nya.

Alhamdulillah,kita sudah hampir memasuki bulan yang ditunggu – tunggu oleh para tetamu Allah iaitu bulan kita mengerjakan haji.

Bila disebut ‘tetamu Allah’ pastilah bermaksud tetamu yang teristimewa..tetamu yang bakal melangkah ke Baitullah,yang mengharapkan redha Allah..tanamkanlah azam yang baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah bukan hanya untuk mendapat gelaran ‘Haji@Hajah’ tetapi untuk mendapat tempat di sisi-Nya nanti.

Pelbagai jenis manusia yang pergi menunaikan haji..hakikatnya kita sama sebagai manusia tapi yang sebenrnya kita berbeza dari sudut hati.Hati manusia Allah ciptakan senantiasa berbolak balik..andai hatinya diisi dengan perkara yang mahmudah,insyaallah...jiwa,jasmani,rohani kita menjadi baik

Amalkanlah sunah2 nabi kita,Rasulullah S.A.W sebanyak yang termampu agar kita dikenal oleh baginda sewaktu dihisab kelak.

Ingin saya kongsikan satu kisah yang dipetik dari buku(Beduk Diketuk) karya Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk misteri di tanah suci.

Di kedai-kedai buku sekarang ini masih terjual majalah atau buku yg memuatkan pelbagai kisah misteri yg berlaku di tanah suci.Kisah penzina yg tidak nampak kaabah.Kisah org ego yang  tersesat dlm masjid nabawi.Insiden org celupar yg hilang suara.Cerita org makan rasuah terasa panas membahang dan meminta pulang.Macam2 cerita lg.

‘Aku tkt hendak ke Makkah’kata kenalan saya seorang usahawan yg berjaya ktka dahulu.

‘Kenapa?bukankah semua org hendak ke sana?’

‘Kau tahulah aku dulu,hidup bergelumang dengan maksiat’

‘Pergilah ke sana,Baiki diri sekarang dan bila ke sana nanti,perhebatkan lgkah taubat..Insya-Allah,Allah akan mengampunkan dosa2 kita.’

‘Aku takut..aku takut x nampak Kaabah nanti!’

‘Masya-Allah,inilah akibatnya terlampau byk bc ksh msteri.Kau msti delete semua anggapan itu.Baca Al-Quran dan hds2 yg mendorong kita ke Mekkah dan Madinah’

Itu satu cerita,seorang kenalan sy membawa crta yg satu lagi.tp crta ini berlawanan dgn crta td.

‘Aku kenal dgn seorang usahawan yg kaki rasuah.dpt projek  ikt jln x betul.Mcm2 hal negatif yg dia buat.Baru2 ni dia pg mengerjakan hj stlh berthn-thn berhujah yg dia blm sampai seru’

‘Alhamdulillah,dia sampai seru akhirnya’balas saya sambil tersenyum

‘Tapi malang....’

‘Apa yg berlaku?Dia tak nampak Kaabah?’kata saya sekadar memeriahkan perbualan dan input2 yg selalu dikatakan org apabila orang`seumpama  itu’pergi ke Makkah.

‘Dia nampak,segalanya macam biasa shj.Balik dari Makkah dia semakin confident dgn perbuatan negatifnya.Sikap buruknya mkn menjadi-jadi.’

‘Kenapa dia jadi begitu?’

‘dia kata kau tengok aku.aku nampak Kaabah ,tak terasa panas, tak pernah sesat mcm org yg aku baca dlm ksh2 misteri dan aneh itu.itu menunjukkan aku ok lah.Tuhan pun merestui aku.kalau aku jahat,sudah tentu aku dtmpa mcm2 insiden mlg seprti yg diceritakan dlm ksh2 msteri itu.aku ok...ok saja....’

Saya menggelengkan kepala.Inilah gugusan kisah misteri yg spatutunya dikupas dan diperjelaskan berdasarkan wahyu dan sunnah.Betapa roh ibadah dan tujuan sesuatu sesuatu amalan sdh terlalu kabur akibat diselubungi pelbagai kepercayaan,kcnderungan dan amalan yang jauh tersasar.

Maka ciptalah ‘topeng-topeng’ agama yg mymbunyikan wjh kejahatan dan kemungkaran yg semakin sukar dkesn dan dkenali.

Dan itu semua membenarkan dgn apa yg ditegskn oleh Rasulullah S.A.W ketika menjawab soalan serorang sahabtnya Abu Huzaifah ttg kebenaran yg akn mucul semula pd akhir zmn.Rasulullah menjwb`Ya,tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan’.Maksudnya ,kebenaran akan muncul buat kali kedua tetapi kali ini di tengah-tengah banyaknya kesamaran!   

Demikian kisah-kisah`Karamah’ drpd Makkah.Manusia ghairah mencari yg luar biasa itu sebenarnya  sehingga lupa bahawa yg luar biasa itu sebenarnya adalah sikap ikhlas ,istiqamah,sabar,khidmat dan iltizam dlm beragama.

Ramai yang lupa bahawa roh drpd mengerjakan ibadat haji dan umrah di Tanah Suci adalah bangunnya jiwa perjuangan utk meyucikan semua tanah yg kita pijak sekembalinya kita dari sana.

Ulama’ tersohor zaman ini,Dr Yusuf Al-Qaradawi,pernah berkata`setiap inci tanah dimuka bumi ini ialah tempat yg subur utk menanam benih syurga!’
Tanamlah benih itu di sini,di sana dan di mana-mana jua.Itulah semangat jihad tiga perempat drpd 124 000 org para sahabat Rasulullah S.A.W yg meninggal dunia di luar makkah dan madinah!.

p/s: Selamat menunaikan ibadat haji kpd Para tetamu Allah,Moga beroleh Haji yang Mabrur...Insyaallah.  

Jumaat, 21 Oktober 2011

Di hujung jari,dibenak hati

Kalau dulu sering kita mendengar lidah ibarat pedang, bisa mencatas apa saja yang terlintas di dalam benak hati dan fikirannya. Memang sebenarnya pokok pangkal sesuatu amal itu bergantung dengan lidah dan hatinya.


Diriwayatkan bahawa Lukman al-Hakim, pernah disuruh majikannya membeli daging yang baik untuk menjamu para tamunya. Lukman membeli hati dan lidah. Majikannya merasa marah dengan tindakan Lukman dan bertanya kepadanya kenapa dia membeli hati dan lidah.




"Tidakkah ini daging yang baik seperti tuan pesan. Hati merupakan sumber amal perbuatan yang baik, sedang lidah dapat menjalin persaudaraan. Dari keduanya orang dapat membangun kebaikan," jawab Lukman.



Pada satu hari majikannya kembali menyuruh Lukman membeli daging yang busuk. Tujuan majikannya ialah untuk mengetahui jenis daging apa yang akan dibeli oleh Lukman.


Ternyata, Lukman sekali lagi membeli hati dan lidah. Tindakan ini mengejutkan majikannya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian sedangkan yang disuruh dibeli ialah daging yang busuk.



"Benar tuan, ini daging terbusuk. Hati adalah daging yang paling baik dan sekaligus juga paling busuk. Ia sumber kedengkian dan rasa bongkak. Lidah merupakan ‘alat’ untuk melaknat, mencerca dan mencaci orang lain."



Lidah merupakan cermin hati seseorang. Bila hati bersih, lidah niscaya tidak akan berkata kecuali yang baik. Sebaliknya bila hati ‘busuk’, maka lidah akan mudah mengucapkan kata-kata yang buruk.


Oleh karena itu dalam rangka memelihara persaudaraan Islam maka kita perlu menjaga lidah untuk tidak mencaci dan memaki sesama umat Islam. Perbezaan apapun yang terjadi, jangan sampai menodai persaudaraan Islam.


Allah menggambarkan orang yang menjaga dalamnya persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah), menggunakan kata ikhwah, yang berarti "saudara kandung". Ini berbeza dengan ikhwan, yang artinya "berteman", sebagaimana digunakan Allah dalam surat Ali ‘Imran ayat 103, untuk menggambarkan bagaimana suku-suku Arab pada zaman jahiliah yang bermusuh-musuhan, kemudian bersatu setelah memeluk Islam.


Jadi, setelah berada dalam satu agama, setiap Muslim adalah teman bagi yang lain. Dan setelah keislaman meningkat, setiap Muslim diharuskan memandang Muslim yang lain sebagai saudara kandungnya.


Ukhuwwah Islamiah yang benar sebagaimana yang digambarkan Rasulullah dalam sabdanya bahawa seorang Muslim harus dapat mencintai Muslim lain sebagaimana ia mencintai diri sendiri; bahawa seorang Muslim harus dapat merasakan kesusahan yang dialami Muslim lain. (HR. Bukhari)


Di dalam al-Quran, Allah tegas memerintahkan agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci, dan berburuk sangka kepada Muslim lain. Umat Islam harus memegang teguh persaudaraan Islam sebagimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 103:


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."



Dari ayat ini boleh kita ambil hikmahnya bahawa sikap yang paling bijak ialah berusaha memperbaiki diri, sekaligus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Sedangkan hidup Nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.


Tetapi kini jari ibarat tali gantung. Dengan menggunakan hujung jari, orang boleh menaip, meng'klik', meng'copy' dan meng'paste' apa-apa yang boleh memfitnah sesama persaudaraan seagama islam.


Dengan hujung jari yang cuma perlu menekan huruf dan menggerakkan tetikus, dan klik kiri t1.gstaticatau kanan tetikus, boleh menjerut leher saudara seagama. Boleh menyumbat saudara seagama kedalam kota berduri.


Namun tidak pernah rasa gentar dalam hati ini akan ugutan dan fitnah yang mula bersebar di alam maya. Apalah yang mampu mereka lakukan jika tidak dengan izin Allah. Jika dengan izin Allah perkara itu berlaku, maka ia pula menjadi ujian untuk menguji keimanan. Masih berimankah jika sedikit ugutan menerpa di dalam jiwa, iman mula goyah dan terbit ketakutan?


Sesungguhnya hidup ini tidak ada surutnya ujian demi memartabatkan iman pada tempat yang selayaknya. Lagi pun apa yang dikejar selain ingin menjadi manusia taqwa. Taqwa bukanlah boleh kita dapat melainkan melalui ujian-ujian.


Hanya satu yang ummi titip buat semua yang sayangkan persaudaraan dan perjuangan Islam, semua mesti kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Walaupun ada orang yang disayang diuji, maka kamu semua juga diuji untuk redha menerima keadaan ini. Pelihara iman, jangan goyah atau hilang pertimbangan. Ingat kita akan bertemu juga dihujung perjalanan ini. Tetapkan iman agar kita bersatu semula nanti.


Maka beruntunglah jika mereka itu sering diuji namun sezarah pun tidak rasa goyah imannya.


Semoga kita diberi kekuatan untuk senantiasa memelihara ukhuwwah Islamiah. Amin.


Artikel Asal : Field Of Dream

Khamis, 8 September 2011

SMKA TOK JIRING & SMKA NAIM LIL BANAT



13 JULAI 2011
11.10 – Saya dan rakan-rakan PRS yang lain berasa sangat gembira dan teruja apabila melihat sebuah bas tertulis tulisan Naim Lil banat di tengahnya memasuki pagar sekolah...perasaan gementar tiba2 menusuk qalbu apabila hendak bertemu dengan ukhti2 Naim Lil Banat yang tersayang.Rasa ingin tahu tentang mereka berkobar-kobar di jiwa.Saya dan rakan2 PRS menyambut mereka di pintu bas.Tidak lama kemudian,ukhti2 Naim Lil Banat berpakaian hijau cerah menyahut salam kami.Kelihatan cerah2 belaka wajah mereka..terfikir pula saya,mungkin sebab keimanan mereka menyerahkan wajah mereka.Kami bersalam-salaman mengeratkan ukhwah.Tangan saya bersentuh dengan tangan mereka...terasa hangat sekali.Wajah-wajah ceria para pendidik Naim Lil Banat menambahkan lagi keyakinan kami untuk berucap nanti.
11.25 – Kami menjemput ukhti2 Naim Lil Banat ke asrama putera (aspura) untuk makan tgh hri.Mereka tertanya-tanya ke mana mereka akan dibawa nanti.Mereka duduk di meja makan dengan cermat dan kelihatannya penuh dengan adab2 islam.Kami menghidangkan minuman (air sirap ) kepada mereka sebagai tanda menghormati kedatangan mereka. Saya dapat perhatikan beberapa sikap mahmudah yang dapat diambil dari mereka antaranya ialah cara mereka mengambil makanan dalam keadaan  teratur dan baik.Mereka juga tidak akan makan jika rakan mereka belum duduk bersama mereka lagi.Sebelum makan saya dapat lihat mereka mengamalkan doa sebelum makan manakala selepas makan pula,mereka akan membaca doa selepas makan.Kami mengambil peluang ini untuk makan bersama mereka.
12.oo – SMKA Naim Lil Banat telah kami bawa ke bilik syura untuk sedikit motivasi tentang PRS SMKATJ.ukhti2 Naim Lil Banat memenuhkan ruangan meja di tengah dan hadapan.Cg. Rohaya sudah bersiap sedia menyambut mereka di billik syura.Saya dan rakan2 PRS mengisi baki2 ruang yang ada.Semasa taklimat diberikan,saya dapat perhatikan wajah2 mereka mengangguk-angguk tanda faham.Majlis itu telah dipengerusikan oleh Hakimah.Selepas sesi taklimat dan pengenalan PRS selesai,Ukhti2 Naim Lil Banat diberi peluang untuk bertanya soalan.Alhamdulillah,walaupun sukar juga rasanya hendak menjawab soalan2 mereka,kami dapat merungkaikan jawapannya dengan berpuas hati dan memuaskan hati mereka.Mereka banyak bertanya tentang masalah2 yang dihadapi oleh PRS2 kini bagi menjadikan rakan2 lain mumtaz juga dalam aspek J.E.R.I.Kami menjemput mereka melewati bilik UBK(Unit Binbingan dan Kaunseling) untuk mereka menambahkan lagi diari2 cinta ilmu dalam aktiviti seharian mereka kelak.Sesi pengambaran juga dilakukan di bilik UBK.Ukhwah kami semakin erat.
2.15 – Mereka bersiap sedia untuk pulang ke Kelantan.Entahlah kenapa tiba2 je terasa sedih di hati.Bagi kami,walaupun baru sekejap berjumpa terasa sudah lama kenal.Kami saling bertukar-tukar dan mengambil FB atau no.telifon untuk memanjangkan lagi ukhwah kami dan bukan sekadar sampai di sini shj.Saya sempat bersalam dengan pengerusi PRS Naim Lil Banat sambil mengucapkan kata2 terakhir.Mereka kelihatan ceria bercampur sedih kerana hendak pulang. PRS SMKATJ menunggu mereka di pagar sekolah dan melambaikan tangan semangat buat mereka.Kenangan ini sangat manis hendak dikongsikan tetapi kemanisan yg sebenar adalah terletak di dlm ukhwah islamiah itu  sendiri.
p/s : Semoga pelajar2 SMKA Naim Lil Banat dapat mengambil pengalaman dan ilmu yang bermanfaat di sekolah kami.Harap dimaafkan segala kesilapan yang berlaku...Salam Ukhwah.Wallahua’lam...

Pesanan Imam Ghazali

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati

Selasa, 16 Ogos 2011

Kelebihan Al-Mathurat

Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Ahad, 14 Ogos 2011

Cinta Sejati

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.
Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)
Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.
Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.
Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.
Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.
Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.
Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.
Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.
Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?
Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.
Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.
Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.
Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Tanda cinta kepada Allah
Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.
Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”
Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.
Allah SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)
Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Sabtu, 21 Mei 2011

Salam Imtihan....

Assalamualaikum salam ukhwah Fillah Abadan Abada...Semua sihat..??maaf ye..lama dah tak catat blog disebabkan kekangan masa...moga dimaafkan..:)
Alhamdulillah...tinggal seminggu lagi exam nak tamat...Ya Allah,permudahkan urusanku..
Ramai orang kata takut nak hadapi exam,gemuruh,gementar dan sebagainya...mengeluh pun ada...Time nak exam jer...semua bawa buku ke dewan.Murajaah sementara exam belum bermula...tak terlepas juga diriku yang daif ni.Ada juga yang kata asyik exam3....ish...
Masa nak exam ni kita sibuk,takut,gemuruh nak masuk exam dan jawab soalan...tapi pernah ke kita rasa macam tu masa nak exam di padang mahsyar kelak..??mesti ada ataupun mungkin ada juga tak pernah rasa...tapi hakikatnya,exam ni kita kena laluinya jua.Apa persediaan kita..??Kenapa kita tak pedulikan exam akhirat kelak dan ambil enteng sahaja..??erm...itulah sedikit muhasabah yang dapat saya rungkaikan pada sahabat sekalian...Moga-moga menjadi renungan bersama...:)
Buat para pembaca yang tengah dalam imtihan...moga berjaya ye...Usaha,doa dan tawakkal...insyaalllah,kejayaan milik kita bersama....:)

Khamis, 31 Mac 2011

Nafsu oh..nafsu...

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-khaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang ertinya: "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bererti: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang da`if dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal, tidak Aku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bererti: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Selasa, 8 Mac 2011

Surat untuk Akhi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akhi fi al Islam,
   Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah apatah lagi daripada murka Allah S.W.T. Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah S.W.T setelah melakukan solat istikharah (Subhanallah.. moga ini bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk Allah S.W.T. untuk ana menzahirkan apa yang lama terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar senang difahami dan tidak disalah ertikan nanti.

Akhi,
   Memang telah agak lama tiada khabar berita, namun bukan bererti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi. Sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi.
   Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar menuntut pertimbangan yang waras dan pengorbanan yang jitu andai kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan sel-sel neuron ana semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah yang suci kerana Allah S.W.T.? Tetapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu misscall selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang tanpa kita sedari natijahnya, hati bisa dirasuk oleh perasaan halus yang didalangi nafsu syaitan, yang menyelinap penuh senyap-senyap. Jangan biarkan ia mencemari ukhwah kita. Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.

   “Enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?”
  
   Sebagai orang asing dalam hidup ana, akhi seharusnya sedar bahawa ana memang berhak meragui diri akhi. Alhamdulillah pendidikan agama asuhan keluarga yang disemai sejak kecil masih terpasak teguh membina jati diri ana. Ana perlu tahu menjaga diri tanpa terburu-buru menghadiahkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain, apatah lagi orang yang berada di luar lingkungan rumah ana. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan luaran semata-mata, malah yang lebih penting adalah dalaman insani yang mana kemuliaannya pasti ditunjangi aqidah. Buku tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, ya itu benar. Tetapi siapa tahu apakah yang terbuku di sebalik wajah lahiriah? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang?
   Benar, siapalah ana untuk menilai keikhlasan diri orang lain, apatah lagi mendabik dada mengakui keluhuran hati sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Janganlah hendaknya kita lupa, darjah pangkat manusia di sisi Allah dinilai berdasarkan ketaqwaan kepadaNya.
   “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah S.W.T., nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Anfal:29)
   Akhi, sebelum kita beria-ia mengidamkan kepercayaan manusia atas ketulusan kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati itu kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya diterima di sisiNya sebagai hamba yang taat itu jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubillahiminzalik.
   
   “Enti tahu bukan, ana sudah berusaha sedaya upaya untuk berjaya sebagai yang terbaik. Ana juga berusaha untuk ke overseas. Kita bakal menjadi doktor. Entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai ke tahap ini. Ana berusaha menjadi apa yang enti impikan.”


   Masya Allah. Astaghfirullahalazim.Kenapa mesti akhi niatkan sebegitu? Kenapa mesti akhi niatkan untuk menjadi doktor kerana.. kerana ana? Niat akhi kerana ana? Kerana impian ana? Kenapa?

   Ya Allah, aku memohon keampunanMu andainya aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini ya Allah. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu agar memeliharaku daripada menjadi asbab kepada khalifahMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya mutlak keranaMu.

   Ana tak minta akhi buat semua itu kerana ana. Siapalah ana untuk didedikasikan apa yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta kita. Sesungguhnya, hanya Dialah yang berhak dicintai melebihi segala-galanya. Dia yang telah menciptakan kita daripada titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna, menghirup limpahan nikmatNya dalam setiap titis nafas kita. Ana khuatir, kalau-kalau akhi terlupa akan perjuangan kita sebagai da’ie di bumi Allah S.W.T. ini. Kita khalifah yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang berat untuk dilaksanakan, kecuali bagi yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Akhi, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata batin, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang dikurniakan Allah. Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya, ikhlas keranaNya, bukan kerana hambaNya.
   Profesion yang didoakan menjadi destinasi kita sekarang menuntut pengorbanan yang tinggi dan sangat mulia jika diiringi oleh niat yang betul dan ikhlas kerana Allah Taala. Alangkah ruginya jika akhi membataskan matlamat perjalanan akhi ini kerana makhluk ciptaan Allah sahaja, sebaliknya lihatlah dengan konteks yang lebih meluas. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan memperbetulkan niat dalam setiap tindakan.

   “Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya. Ana ikhlas nak mengenali enti. Boleh kita jumpa untuk lebih mengenali?”
   Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita? Untuk apa – dan apakah yang akhi maksudkan dengan – lebih mengenali? Adakah untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lompong-lompong kelemahan dalam diri kita? Tidak ingatkah akhi, hadis Rasulullah S.A.W., apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan? Tidak takutkah akhi, dengan mengenali dengan lebih dekat seorang wanita, dapat menimbulkan fitnah kelak. Sebelum baginda wafat, Rasulullah S.A.W. pernah berpesan bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman datang daripada golongan Hawa. Semoga diriku yang lemah ini dipelihara oleh Allah S.W.T. daripada menjadi alat syaitan, apatah lagi mangsa bisikannya.
   Akhi, bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki yang bukan mahram untuk ‘saling mengenali’. Ukhwah yang terjalin ini pun sudah dikira anugerah Allah S.W.T. yang sepatutnya kita hargai. Sudah berapa banyak tasbih dan tahmid yang ana lafazkan sebagai panjatan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ikatan persahabatan ini? Akhi, adik akhi adalah kawan ana, dan terjalinnya ukhwah ini pun berpunca daripada kawan ana. Ana sungguh janggal untuk berkenal-kenalan dengan lelaki, memandangkan kawan lelaki  ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah berasrama penuh yang khas untuk pelajar puteri sahaja, sementelahan pula, penekanan dan pengamalan agamanya adalah praktikal di sana. Ustaz dan ustazahnya pun sangat baik. Syukur sangat-sangat. Berbalik kepada persoalan tadi, ana ingin bertanya, apa perlunya pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita daripada mengingati Allah S.W.T.?
   Astaghfirullah. Ya Allah, jauhilah diriku daripada menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Jauhilah diriku daripada perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

   Akhi,
   Selagi ana belum berumahtangga, ibu bapa analah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka terlalu mustahak dalam hidup ana. Ibu bapa perlu diberi keutamaan, kerana insya-Allah, restu mereka akan mengundang kebahagiaan buat anak-anak.
   Tidak perlulah akhi merancang untuk mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke Mekah hanya kerana itu adalah impian akhi bersama bakal isteri akhi nanti. Dahulukanlah ibu bapa akhi, bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka, bukan kepada diri ana. Bawalah mereka ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji terlebih dahulu.
   Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh. Walaupun selepas kahwin, syurga akhi masih terletak di bawah tapak kaki ibu akhi. Sebaliknya, untuk ana, restu suami itu adalah yang paling utama sesudah ijab kabul. Kunci pintu syurga bagi seorang isteri adalah suaminya.
   Ibu bapa mentua sama tarafnya, sama tuntutan ketaatan ke atas mereka, seperti ibu bapa sendiri. Seperti mana ana mengasihi, menyayangi, dan mencintai ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih sayang dan cinta ana kepada bakal mentua nanti. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya.
  
   Akhi,
   Pada akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita ini. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ia tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
   Yakinlah dengan janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, serta demikianlah juga sebaliknya. Insya-Allah jika kita sama-sama menjaga batas pergaulan yang dituntut syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap Muslim mengimpikan wanita solehah bak bidadari syurga yang bakal memberikan syurga di dunia. Demikian juga Muslimah yang mengimpikan mujahid Allah S.W.T. yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kepada Rabbul Izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu memberi peringatan kepadanya tatkala dirinya lupa atau ragu akan nikmat dan rahmat Allah. Subhanallah.
   Sekiranya telah ditakdirkan terbuka pintu hati ana untuk menerima suami ana nanti, insya-Allah tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari oleh cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T., kita merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Ana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah S.W.T. untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dialah yang terbaik untuk diri ana nanti kerana Allah telah menetapkannya. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNya nanti. Letakkanlah keyakinan, gantungkanlah harapan dengan Allah. Redhalah dengan ketetapanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui segalanya!

   Oh Allah S.W.T., diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Oh Allah S.W.T., andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah.

   Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....(Halaqah)

Ya Rabb...daku hanya insan biasa yang sering lalai...jadikanlah cinta ku hanya keranaMu....Jauhilah aku dari cinta palsu...Amin..