Halaman

Khamis, 4 Oktober 2012

Pesanan buat mar'ah

Saya teringat sebuah buku kecil yang saya baca ketika sekolah rendah. Cukup menarik. Terjemahan dari sebuah kitab kecil berjudul 'Ya Binti' (Wahai Puteriku) tulisan Syeikh Ali Tanthawi. Entah mengapa, sehari dua ini saya kembali menyelak helaian buku kecil ini. Suasana hari ini seakan bertepatan dengan apa yang dinukilkan oleh Syeikh.

Inilah kelebihan tulisan ulama' yang ikhlas dalam berdakwah. Saya kongsikan beberapa petikan dari kitab kecil ini. Moga- moga kita bersama mendapat manfaatnya.

"Pintu pemulihan (cara mencegah maksiat) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki mengingingkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu hanya sebagai teman akrab." Bohong, bohong, bohong, demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu..."

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 965x1200 and weighs 1386KB.


Sedekahkan al-Fatihah buat Syeikh Ali Tanthawi yang meninggal dunia pada hari Jumaat, 18 Jun 1999 bersamaan 4 Rabiul Awwl 1420H

download versi arab di http://ia700707.us.archive.org/24/items/EBNTY/EBNTY.pdf

SUMBER : http://www.raziffuad.com/2012/06/buatmu-muslimah.html

Sabtu, 22 September 2012

Berjuang untuk hidup


Sumber: Farid Rashidi
Penghantar Makanan

“Enta rah fin, Awiz eh?” Tanya saya kepada seorang budak lelaki arab yang sedang berada di hadapan pintu rumah jiran saya. Beliau kelihatan membawa sesuatu di dalam bungkusan berbalut kemas.

“Saya nak cari Hafiz dari Malaysia. Dia ada memesan Nasi Mandi (Nasi Hadralmaut)..” Jawabnya.

“Cuba saya tengok alamatnya..” Kata saya kembali.

“Rumah Hafiz imarah atas rupanya.. Ok, enta naik ke tingkat paling atas imarah ni.. Nanti enta akan jumpa rumah Hafiz.” Saya cuba memberitahu kepada budak lelaki itu. Sekilas pandang usianya dalam lingkungan 13 tahun, seusia adik lelaki bongsu saya yang sedang belajar di tingkatan satu kini.

Bajunya kelihatan sedikit comot dan lusuh. Redup wajah menzahirkan rasa penat mengayuh basikal dan bekerja seharian.

Saya terus menuruni anak tangga untuk keluar daripada kawasan imarah melayu. Fikiran saya masih memikirkan perihal budak itu. Tambahan pula apabila terpandang basikal tua yang mempunyai raga di belakangnya.

“Eh, budak ni naik basikal tua ni agaknya.. Ish, biar betul.. punya jauh dia mengayuh semata-mata menghantar pesanan makanan.” Saya juga pernah ke Mat’am Nasi Mandi itu yang terletak di Awal Nuhas, jaraknya lebih kurang 10-15 KM daripada Imarah Melayu Siberbay.

“Tak belajarkah dia? Ke mana pergi ibu bapanya? Kenapa usia sekecil itu sudah terjebak di alam pekerjaan yang memenatkan?” Pelbagai persoalan menerpa benak minda bertubi-tubi.

Saya percaya, budak itu bekerja demi mendapatkan beberapa keping roti e’ish dan kuah kacang full buat mengalas perut sehari-hari.

Pembantu Pemandu

Seperti biasa apabila mahu ke Mansurah atau Zaqaziq kami akan menuju ke perhentian kenderaan di Mawaf Murasyahah. Jika saya menaiki bas atau van daripada Mahattah Siberbay, maka terpaksa turun di persimpangan Kubri Qahafah dan mengambil van menuju ke Mawaf Murasyahah pula.

“Hatti ugrah ya gama’ah..” Jerit seorang budak arab sambil tangannya kuat memaut tepi pintu van. Pintu van sengaja dibuka kerana van telah sesak dengan penumpang yang berhimpit.

“Enta esmak eh?” Tanya seorang lelaki arab kepada pembantu pemandu cilik itu.

Pada hemat saya, lelaki arab itu kagum melihat budak sekecil pelajar sekolah rendah tahun 3 sudah mampu bekerja dan berkomunikasi dengan penumpang persis lelaki dewasa. Saya juga jadi kagum melihat kelibatnya. Dia seakan tidak malu untuk menjadi lebih dewasa dari umurnya.

Ternyata soalan seperti di atas masih bermain di benak minda saya apabila melihat pembantu pemandu sekecil itu sedang bertungkus lumus mencari sesuap roti.

“Apakah tidak ada dana persekolahan untuk pelajar miskin di sini? Atau sebarang bentuk bantuan kewangan membolehkan mereka menumpukan pelajaran bukan pekerjaan?” Soalan tambahan untuk diri saya buat menilai sebuah negara yang mempunyai jutaan penduduk. Padat. Malah 90% lebih rakyatnya menganut agama Islam.

Apakah Islam mendiskriminasikan anak-anak kecil untuk menjadi buruh di Jalanan? Menagih simpati masyarakat?

Sebelum menjawab, mari kita teruskan membaca episod kisah di bawah pula.



Peminta Sedekah

Sedang rancak berbual di meja makan sebuah restoran yang terletak di Port Said, datang seorang remaja perempuan berpurdah menghulurkan tangan sambil terkumat-kamit berkata sesuatu. Kurang jelas kedengaran, namun saya pasti ianya adalah adalah rangkap doa.

Remaja itu beredar ke meja lain selepas kami menghulurkan beberapa keping duit untuknya. Jauh di lubuk hati, saya rasa begitu bersimpati melihat peminta sedekah menghulurkan tangan sebegitu.

Keadaan mereka membuatkan saya terkenang memori sewaktu berada di tingkatan empat sekolah menengah agama rakyat suatu ketika dahulu. Saya juga pernah tebalkan muka mengetuk pintu dari rumah ke rumah di kawasan Taiping dan Pulau Pinang semata-mata ingin menjual borang bacaan untuk arwah. Borang itu dikeluarkan pihak sekolah saya dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam dana sekolah, selebihnya diberikan upah kepada kami yang meminta.

Terhina, malu, segan adalah lumrah biasa peminta sedekah. Pernah suatu petang ketika saya melalui sebuah rumah kawasan perumahan untuk menjual borang tilawah tersebut, belum pun sempat memasuki kawasan pagar rumah, saya terpaksa berpatah balik. Terasa sangat sedih dan malu dengan tindakan anak-anak mereka.

Anak-anak yang bermain di halaman rumah terus lari menutup pintu rumah sambil menjerit-jerit melihat saya.

Bayangkan, apa perasaan kalian seharian berjalan kaki menempuh panas terik mentari tiba-tiba diperlakukan sedemikian rupa?

“Ish, kesian tengok budak-budak tadi.. Mereka tak layan pun pengemis meminta sedekah tadi.” Husni menjuih bibir ke arah sekumpulan keluarga yang duduk di sebelah meja kami.

“Itulah, bila jadi kaya.. si miskin dilupa.” Saya cuba membuat konklusi sendiri.



Penjual Jubah Yang Dermawan

“Syarikat kami mengimport jubah buatan China terus ke sini (Port Said). Dulu bos (merujuk kepada bosnya) pernah ke China kemudian tertarik dengan pembuatan pakaian jubah di sana, lalu kami terus mengimport jubah siap dari sana. Nama syarikat kami Asy-Asyri.” Beliau mendongakkan kepala ke arah papan tanda kedai yang tertera tulisan Asy-Asyri.

Sedang kami bertiga rancak berbual dengannya datang beberapa orang warga emas menghulurkan tangan. Penjual itu pantas menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada mereka. Bukannya seorang dua, tetapi berpuluh-puluh warga emas bertandang ke kedainya setiap masa. Hairan. Beliau tetap sahaja tersenyum sambil menghulurkan wang tanpa riak wajah resah gelisah.

“Keda bikam?” Saya bertanyakan harga jubah yang dibeli.

“Khamsa wa khamsin ba’da khos..” Jawabnya. Berbual dengan penjual itu membuatkan saya terlupa bahawa sedang berada di bumi Mesir. Lenggok bahasa fushahnya tanpa menggunakan loghat ammiyyah menyedapkan telinga mendengar.

Setelah berbual hampir sejam, kami meminta izin untuk bergambar dan beredar ke tempat lain pula.

Mereka Berjuang Untuk Hidup

Situasi di atas tidak dapat diselami sepenuh hati jika kita bukan berada di dalam kelompok mereka. Apatah lagi jika kita berjuang untuk menambah kemewahan hidupsedangkan mereka berjuang untuk hidup.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menahan tangannya dari pemberian, baginda tidak pernah menolak pengemis yang meminta kepadanya.

Telah dikisahkan oleh Jabir r.a dengan katanya: “Tidaklah pernah Rasulullah SAW dimintai sesuatu lalu beliau berkata: “Tidak.” (Hadis Muttafaq ‘Alaihi)


Lihatlah betapa terserlahnya kebobrokan kapitalisme dan sosialisme dalam menanangi masalah umat sehingga menghasilkan berjuta-juta manusia dicelahan kota yang ‘Berjuang Untuk Hidup’.

1:02 AM, 15 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.

Khamis, 30 Ogos 2012

6 Perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang

bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah

kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan

datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.'

 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu

mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu).
 * Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

-------------
sumber : e-mail...halaqah.net
Share this topic on Facebook

Srikandi acuan Al-Quran


Halaqah.Net
Editor:PenaHalaqah

(Istimewa khusus buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)


Bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar  nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu'minah yang taat pada Ilahi

"STRIVE 4 MARDHATILLAH..(^_^)"miftahul Jannah

Muslimah dan gambar,ada apa dengannya?

www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah


  

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan dan friendster,myspace serta ym menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Mus`ab bin Umair :Pemuda dakwah


helangsenja~menulis:

Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.
Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

        Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

        Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

         Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

         Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

         Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.
Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

         Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

          Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

          Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

          Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

        Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

        Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.
24 Oct 2008 -

Carilah Khairunnisa`


Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
 
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
[Ar-Room ayat 21]

Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.
Bimbinglah Dengan Bijaksana 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau 

luruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, 

namun dia tetap saja bengkok.
Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah.
 Mematahkannya bererti menceraikannya.” 

 Riwayat Muslim


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam juga ada bersabda bahawa kebahagian ada empat kunci dan salah
satunya adalah 
mempunyai isteri yang solehah.
Empat kunci kebahagiaan 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, 

rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban


Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’
Khairun Nisa’ 

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
 Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, 
yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan 
sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
Riwayat Muslim


Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh.
Sesungguhnya itu janji Allah.

 Wallahu’alam.
20 Aug 2009 -Halaqah.net

Isnin, 25 Jun 2012

Oh...Kem..

24.4.2012

Em…hari ni majlis penutup minggu ko tapi nak buat mcmne tak sempat nak hadir sepenuhnya tapi tak pelah…Semua rakan2 tak sabar nak pergi berkhemah di bukit Jong.Banyaknye peralatan yang dibawaknya,parang,tali rafia,makanan dan sebagainya..beg dah masuk 3 beg dah ni…hehe.

Semua Nampak happy je sampai berebut-rebut nak naik bas trip pertama…rezkiku di trip ke-3,Oleh itu,sempatlah lagi tengok nasyid sekolah buat persembahan dlm mjls penutup tu.Bagi muslimat pula,banyaknye bawa jilbab tu siap gantung kat hanger lagi..hai..ni nak pi khemah ke nak pi makan angin..hehe.Muslimin relaks je sentiasa…beg pun kecik-kecik je blake.Lumrah wanita lah kan,nak ke mana..mesti semuanya sempurna dulu.Trip ke-3,mula-mula ingatkan 2,3 orang je yang naik…rupa-rupanya…fuh!tempat duduk kongsi 3 orang…takpelah,sabar2…kawan2 kita juga kan.

Ha…dah sampai kwsn perkemahan bukit Jong,Bukit Guntong.Semua angkut barang..ada galas di blkang ada bimbit dan lain2…letak beg dulu ye.Alhamdulillah,dapat duduk dengan sahabat2 yang baik dlm khemah tu,6 orang tau…ni nak perkenalkan:Amal yang ku kira mukanya sama dengan sulaiman..hehe,Amni lembut je orangnya,nazihah dan nazirah kembar seiras dan tak terlepas juga hanan yang ok sentiasa.

Alamak!macam mana nak pasang khemah ni ye..lama dah tak pasang ni…tak pelah,kita try dulu,tak jadi buat balik..akhirnya khemah siap dipasang tapi…huhuhu..tak lama selepas tu,prap!!!..patah rupanya.Terpaksalah cari ikhtiar mcmna nak dirikannya.biarlah khemah senget sbelah pun,asalkan boleh bertahan utk 3 hari ni..yang bestnye,ramai juga khemah lain yang patah…fuh,rasa lega jap,ingatkan khemah kita je yang patah...:)

Malam ni ada qiammulail pula,kene tidur awal tapi seperti sedia maklumla..malam pertama,ramai tak tidur…yang nak tidur tu kena buat2 tak dengar suara orang lain yang tak tidur…shuss…perlahan sikit suara tu…orang lain nak tidur.jangan bising tapi ana tidur je..tak sedar dah.

25.5.2012

Tadi dah perkenalkan shbt2 khemah,ni nak perkenalkan sahabat2 aktiviti pula.ok,Fizie sebagai ketua kmpuln,nasril,najwa,syahirah(sye sye),yati,zihah,amiral…semua cool je.Hari ni nak jungle trekking…naik bukit jong.muslimin dulu baru diikuti muslimat.mula-mula jalan ok je..dah sampai kat bukit,letihnya…nak pengsan pun ada rasanya.

Macam2 dugaan yang harus ditempuhi,ada juga kene bergayut macam tarzan,ada memanjat,bergelongsor pun ada..ramainya yang menangis dalam hutan ni…sabar2 ye…dah dekat nak sampai ni..

Pacat pun ada…hehe..ada juga yang ikhtiar mcm mana nak elak pacat..ada yang sembur ridsect dlm kasut,ada pakai minyak kat kaki,ada letak garam dan macm2 lagi..tapi ana tak letak apa2 pun..tawakal je nanti mcmna..takut jugak.

Ana sempat berjumpa dengan `rakan-rakan’ dalam hutan tu..tapi buat tak tahu jela..ada yang kene elak,kita elak.abang2 senior kat belakang tu duk pasang lagu je…tak takut pacat ke…em,rasanya mereka tak takut..dah biasaaaa dah.cg2 nampak ok je…anak2 murid yang muda2 ni pucat lesi semua muka…hebatlah cg2..boleh bertahan.

Mana air terjun ni…mana air ni…tak Nampak lagi…jauhnya..dah berjam jalan dalam hutan,akhirnya…jumpalah air terjun yang diidam idamkan selama ni…Alhamdulillah,sampai jua.muslimin dah siap mandi lagi.muslimat rendam kaki je ye…aurat tu..mesti dijaga.

Baru berapa minit di situ,cg Isa dah ajak naik…sebab perjalanan masih jauh.Kita mula balik naik bukit,turun bukit,dan seterusnya.

Semua dah lesu tapi sabar ye..bartahan2..akhirnya sampai di surau,berhenti makan dan solat zuhur bejemaah.lepas tu…ingatkan dah tamat,rupanya…em,1 jam setengah lagi ye..baru sampai kat tapak pkhmahn.Lepas jungle trekking,sambung dengan explorace…masuk dlm kump msg2.point 1,kene jwb soalan addmath…mujurlah kena soalan min je..sng sikit.jalan2…jumpa point 2,kena makan timun…tapi kulitnye kena simpan…makan2,cpt..org lain dah pergi dah tu…selesai.point ke-3,kena jawab teka-teki…em,salah rupanya tapi dpt 2 markh atas kesbaran.point ke-4,sebut kata2 hikmah dalm b.arab/b.melayu…kump ana pilih b.arab…ok dah tu..jalan2 lagi,jumpa point ke-5,point yang tergeli rasanya…kene ambil klip krtas dlm bekas yang penuh ulat…Oh tidakkk!!tahan je geli tu…akhirnya Berjaya juga.point-6,jawab soaln fizik…yang ni ketua kena jawab ye…sebab dia kelas sains,ana kelas sastera je.akhirnya sampai di point ke-10,kena reka gubahan dari bahan2 yang dikutp masa explorace tadi…reka bentuk bendera je…abg anuar kata,hebat kump ni…tegoklah kump sape…hehe.Alhamdulillah.

Tamatlah…jungle trekking dan explorace….

26.4.2012

Hari terakhir ana berada di kem ini…tazkirah solat subuh hari ni disampaikan oleh pljr senior 2008,abg kimi..banyak juga input dpt..naik semangat nak bljr lps dgr nasihat dia.

Tibalah acara masak memasak iaitu masakan rimba.Kene bakar telur dgn tanah liat dan bakar roti dengan buluh…fizie,Nasril berusaha utk menyalakan unggun api…yang lain tu pegi uli tepung ye…buat roti…menjadi akhirnya,Cuma telur separuh masak pulak…tak pelah…nak balik dah ni…

Dapat hamper…hamper tu ana juga yang kene buat balik..sebab semuanya bergegas nak blk cepat…apakan daya nasibku ini…hehe.

Sampai sekolah,ma ambil dengan kereta….Alhamdulillah,semuanya selesai dan pulang ke rumah..
p/s:Kenangan terindah bersama kwn2..:)

…..TAMAT….

Khamis, 16 Februari 2012

Siapa Aku di depan-NYA

Subuhnya...

Di mana aku berada

Masih enak dalam kelambu rindu

Sambil berpoya-poya dengan waktu

Masa bagaikan menderu

Langkah tiada arah tuju

Fikiran terus bercelaru

Terlupa aku semakin dihujung waktu

Siapa aku di depan Tuhan ku



Zohornya...

Aku lebih memikirkan kelaparan

Kehausan dan rehatku

Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

Aku bertolak ansur dengan waktu

Aku gembira membilang keuntungan

Aku terlupa betapa besar kerugianJika aku menggadaikan sebuah ketaatan

Siapa aku di depan Tuhan ku



Asarnya...

Aku lupa warna masa

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

Aku masih dengan secawan kopiku

Terlupa panas tidak dihujung kepala

Aku masih bercerita

Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka

Siapa aku di depan Tuhan ku



Maghribnya...

Aku melihat warna malam

Tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya

Mencari sisa-sisa keseronokan

Tidak terasa ruang masa yang singkat

Jalan yang bertongkat-tongkat

Ruginya bertingkat-tingkat

Siapa aku di depan Tuhan ku



Isyaknya...

Kerana masanya yang panjang

Aku membiarkan penat menghimpit dadaku

Aku membiarkan kelesuan menggangguku

Aku rela terlena sambil menarik selimutku

Bercumbu-cumbu dengan waktuku

Siapa aku di depan Tuhan ku



Kini aku menjadi tertanya-tanya

Sampai bila aku akan melambatkan sujudku

Apabila azan berkumandang lagi

Aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi

Kerana dihujung hidup ada mati

Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

Jika ruangku dibiarkan kosong

Jika wajahku menjadi asing

Pada mentari dan juga bintang-bintang



SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU...

Jumaat, 10 Februari 2012

Ayuh sertai!

Jom tutup Hiasanmu..

Tips berurusan dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.


Jaga diri, hiasi peribadi. (",)


p/s; pesanan Sahabat kepada sahabat... :-* :-\

RAHSIA pergerakan otot dalam solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat

(Halaqah.net)

Khamis, 9 Februari 2012

Janji Pelatih Mujahid Cinta

Di Kala akhir teruna melati
Ada tanda yang menyentuh dalam hati
Sudah Siapkah aku kini
Menjadi kadir yang sehati

Telah banyak yang aku dapatkan
Tentang erti hidup dan
Perjuangan Fi Sabilillah ditegakkan
Melaui hati,kata dan perbuatan

Kumohon kekuatan Ya Allah
Agar dapat aku jalankan
Amanah umat dan ikatan
Demi agama Islam

Kini tiba saat diwujudkan
Apa yang telah diberikan
Semoga Allah meredhai
Niat hati yang tulus ini

(Teks syair:M.Izzul Muslimin,2004) 

Fatwa Jihad

Bukan Panggilan nyiur melambai
Bukan ikatan Tanah air
Bukan seruan laut dan daratan
Bukan bisikan angin sepoi-sepoi bahasa
Bukan jeritan ladang dan sawah yang menguning emas
Bukan kerana serasah terjun
Bukan hempasan ombak deburan laut
Bukan nyanyian murai berkicau di waktu petang
Bukan merdunya kokok ayam bersahut-sahutan kala pagi
menyingsing
Bukan komando lolongan anjing di malam hari
Dan, bukan awan bergerak di senja hari

Tetapi....
Kerana ALLAH kami bersimbah peluh
Kerana ALLAH kami berkuah air mata
Kerana ALLAH kami bertumpah darah
Kerana ALLAH kami tinggalkan peraduan
dan
Kerana ALLAH kami sahut seruan

Untuk Jihad Fi Sabilillah
Harta...takhta...
dan..
Seluruh aksesori dunia
Kami pendam di laut samudera
Biar jiwa Muthma'inah
Berjumpa ALLAH Azza Wa Jalla..

(Teks syair :Irwanto,Koto Beringin ,15 April 2002)

p/s:Selamat berjuang buat para da'ie di luar sana..:)