Halaman

Rabu, 8 Disember 2010

Misi jihad Cinta

“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”

“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”

“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat  kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.


****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”

“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”

“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.


MISI JIHAD CINTA
Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad


Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad  yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”


****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar
menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”

“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”

“Abang..”

“Ya?”

“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”

“Safiyyah sayang…”

“Ya bang..”

“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai
kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”


****


Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”


****


Boomm..

Boommmm..

Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.

……………………
Original writing by Masturah Abu Bakar.
21.Nov.08
http://www.islamcintaku.blogspot.com

*KHAS buat Keluarga HHC tercinta.*

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma salli ala saidina Muhammad wa ala ali Muhammad.Semoga para pembaca sentiasa sihat dan berada di bawah lembayung rahmat-Nya.
Assalamualaikum warrahmatullahi wa barakatuh,
Kepada keluargaku Hifzul Huda Center,
Pertama sekali tujuan ana  menulis risalah ini adalah untuk menyatakan bahawa ana sangat senang dan tenang berada di samping ustaz dan ustazah serta semua warga HHC.Ana telah menganggap bahawa HHC adalah seperti keluarga ke-2 ana.Ana akan doakan agar perjuangan ustaz dan ustazah mendidik serta mengajar generasi kini mengenal Allah dengan lebih mendalam dengan Qalam-Nya terus kekal sampai bila-bila. Ana suka pergi ke sana melihat gelagat warga HHC khususnya budak-budak bagi menenangkan diri dan lapangkan dada..Oleh sebab itu,ana rasa bahawa HHC adalah tempat paling baik untuk ana menuntut ilmu dan mengeratkan hubungan sillaturrahim antara penduduk kampung khususnya bersama tenaga pengajar HHC.
Ana harap HHC terus maju di masa akan datang. Setelah 2 tahun ana bersama tenaga pengajar HHC,banyak perkara yang ana dapat pelajari di sana.Ana ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan dan layanan yang baik sepanjang ana bersama mereka semua.Ustaz Manan selaku guru tarannum di sana memang kadang-kadang nampak sibuk dengan kerjayanya sebagai Imam di masjid UniSZA tapi walaupun sibuk,beliau tetap menjalankan tugas dengan baik.Teruskan perjuangan ustaz.Ustaz Manan merupakan senior di sana.Tanpanya sunyilah HHC..hehe.Ustaz Shafarin atau mungkin lebih mesra di panggil ustaz Shah@yein  selaku guru bahasa Arab dan Tahfiz di HHC dan beliau juga sangat periang dan pendiam orangnya.Beliau juga pernah mengajar ana menghafaz Al-Quran dan bahasa Arab sementara waktu.Banyak pengalaman yang dapat diperolehi di sana.Ana merupakan pelajarnya yang paling tua dan yang lain2 semua budak2(Ana rasa budak2 yang belajar ni lebih hebat dari ana sebab mereka banyak menghafaz perkataan bahasa arab..malunya..hehe).Time nak tasmiq hafazan mesti hati bertukar jadi gementar..entahlah bila tengok je wajah ustaz shah jadi gementar sedangkan ustaz tak guna rotan pun masa tasmiq ana (kadang-kadang pernah juga letak rotan tepi ana..hehe,jangan marah ustaz..hehe).
Seterusnya,Ustaz Taufiq.Ustaz Taufiq merupakan tenaga pengajar yang junior di sana.Beliau juga seorang tahfiz.Ana selalu juga bertanya kepadanya tentang hafazan Al-Quran dan cara2 kita menghafaz Al-Quran.Pada mulanya, ana sangat segan dengan ustaz Taufiq mungkin kerana umur tidak jauh berbeza.Ustaz2 HHC pun selalu mengusik ana..(jangan marah ustaz..hehe).Semoga berjaya masuk UMT ustaz Taufiq.Ana ingat lagi kata2nya bahawa setiap kejayaan perlukan pengorbanan.Ustaz Naim pula,Ustaz Naim pandai bernasyid dan juga merupakan guru PJ..atau pendidikan jasmani.Bagi ana..sebenarnya bukanlah Pandidikan Jasmani tetapi Pendidikan Jiwa.Mendidik jiwa generasi hadapan, untuk terus berdiri di atas pelantar islam.Ustaz Naim juga selalu meriuhkan suasana dengan lawaknya..hehe.Kalau bab2 PJ,ustaz Naimlah pakarnya..Insyaallah.Seterusnya,Ustaz Fahmi.Ustaz Fahmi peramah orangnya.Ana nak minta maaf banyak2 dengan ustaz Fahmi sebab jarang tegur ustaz.Sebenarnya ana segan,sangat segan.Mungkin sebagai seorang muslimah,perasaan segan tidak dapat lari dari jiwanya.Maafkan ana ustaz.Ustaz Fahmi pandai dalam bidang komputer..siapa nak khusus komputer..pergi jumpa ustaz Fahmi ye..hehe. Semoga barjaya dunia dan akhirat.
Ustaz Aman..Ustaz Aman pandai dalam bidang Qiraat walaupun katanya lama dah tinggal bidang tu..hehe.(Ustaz Aman merendah diri sebenarnya..hehe,jangan marah ustaz).Beliau pernah ajar ana walaupun beberapa muka surat sahaja tentang ilmu Qiraat,terima kasih ustaz.Ana ingat lagi masa belajar Qiraat dengan beliau..ana guna buku Qiraat beliau yang diberikan oleh ustaz Shah.Buku bekas guru ni lebih berkat lagi sebab bila ana buka dan baca buku tu,banyak nota2 kecil yang ditulis oleh beliau di tepi isi2.Boleh dikatakan penuh muka surat dengan contengan nota2. Mungkin itulah namanya orang belajar.Terima kasih ustaz kerana sudi mengajar ana.(Ishmam macam mana ustaz? Kena muncungkan bibir ye?..hehe).Ustaz Muhaimin dan isterinya tercinta..Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya..Allahumma amiin ya Salam.Kepada ummi ana ke-2..Ustazah Nor.Ana dah anggap ustazah sebagai ummi sendiri.beliau sudah lama mengajar ana sejak ana tadika lagi.Dengan takdir Allah,ana berjumpa kembali dengannya ketika berada di alam sekolah menengah..Alhamdulillah.Insyaallah..,suatu hari,ana nak jadi sepertinya.Beliau seorang muslimah yang lemah lembut dan peramah orangnya.Selalu memberi nasihat kepada ana.Syukran ustazah.Ustazah Dah..atau kak Dah mungkin paling senior kat sini.Banyak  ilmunya dan beliau seorang yang tegas serta tabah orangnya.Pesan ana,jaga kesihatan ye ustazah..jangan banyak berjalan,tenangkan fikiran ye.jangan lupa makan ubat juga..hehe(nak bermanja dengan ustazah ni..hehe).Terima kasih sebab banyak tolong ana contohnya hantar ana pulang ke rumah kalau ayah,ibu terlewat ambil.Terima kasih ye.Ana hargai sangat-sangat.Semoga kita berjumpa lagi.Cik Ani..Apa khabar?.Cik Ani..Ana minta maaf andai ada tersilap apa2 sebelum ini.Bestlah masakan cik Ani masa cik Ani buat open house dulu.Harap boleh ziarah lagi rumah Cik Ani..Kirim salam kat adik Rafiq..hehe.Rafiq..jangan nakal2.Ana nak bagi kata2 kat cik Ani..(maaf,hanya kata2 mampu kuberikan..hehe)
Muslimah beriman,
Tidak pernah layu dek rayuan syaitan,
Sentiasa pertingkatkan diri dengan pengetahuan,
Semoga muslimah beriman itu,
Adalah pembaca sekalian.
Seindah hiasan adalah muslimah solehah.

Semoga Cik Ani tabah dan sabar menghadapi ujian-Nya.Ana doakan kebahagiaan cik Ani sekeluarga.Salam sayang dari ana/Fiqah.Kak Nor..harap kak Nor sihat sahaja ye.Kak Nor seorang muslimah yang peramah juga.(Kak Nor..sabar ye mengajar tu..nampak stress je..hehe).Semoga tabah jua hendaknya.Terima kasih sebab banyak bantu ana masa dekat kem solat tempoh hari..syukran katsir..

Ana sangat sayang kepada mereka semua.Semoga kita sentiasa di bawah redha-Nya.Doakan kejayaan ana dalam menempuh ujian di dunia dan ujian di akhirat kelak.Semoga Syurga menjadi tujuan kita..Uhibbukum Fillah..!.terima kasih atas segalanya.Semoga HHC terus maju dengan izin-Nya..Insyaallah.Maaf andai ada kesilapan atau kekasaran dalam penulisan ana..ana tidak pandai mengarang..hehe.Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri ana sendiri..Maaf salah silap.Wassalam...

Mereka adalah lagenda,
Ibarat matahari yang memberikan tenaga,
Lagenda itu memberikan inspirasi kepada semua,
Dalam tersanjung merendah diri jua.
(novel VT)



Salam Mahabbah,

Nur Syafiqah