13 JULAI 2011
11.10 – Saya dan rakan-rakan PRS yang lain berasa sangat
gembira dan teruja apabila melihat sebuah bas tertulis tulisan Naim Lil banat
di tengahnya memasuki pagar sekolah...perasaan gementar tiba2 menusuk qalbu
apabila hendak bertemu dengan ukhti2 Naim Lil Banat yang tersayang.Rasa ingin
tahu tentang mereka berkobar-kobar di jiwa.Saya dan rakan2 PRS menyambut mereka
di pintu bas.Tidak lama kemudian,ukhti2 Naim Lil Banat berpakaian hijau cerah
menyahut salam kami.Kelihatan cerah2 belaka wajah mereka..terfikir pula
saya,mungkin sebab keimanan mereka menyerahkan wajah mereka.Kami
bersalam-salaman mengeratkan ukhwah.Tangan saya bersentuh dengan tangan
mereka...terasa hangat sekali.Wajah-wajah ceria para pendidik Naim Lil Banat menambahkan
lagi keyakinan kami untuk berucap nanti.
11.25 – Kami menjemput ukhti2 Naim Lil Banat ke asrama
putera (aspura) untuk makan tgh hri.Mereka tertanya-tanya ke mana mereka akan
dibawa nanti.Mereka duduk di meja makan dengan cermat dan kelihatannya penuh
dengan adab2 islam.Kami menghidangkan minuman (air sirap ) kepada mereka
sebagai tanda menghormati kedatangan mereka. Saya dapat perhatikan beberapa
sikap mahmudah yang dapat diambil dari mereka antaranya ialah cara mereka
mengambil makanan dalam keadaan teratur
dan baik.Mereka juga tidak akan makan jika rakan mereka belum duduk bersama
mereka lagi.Sebelum makan saya dapat lihat mereka mengamalkan doa sebelum makan
manakala selepas makan pula,mereka akan membaca doa selepas makan.Kami
mengambil peluang ini untuk makan bersama mereka.
12.oo – SMKA Naim Lil Banat telah kami bawa ke bilik syura
untuk sedikit motivasi tentang PRS SMKATJ.ukhti2 Naim Lil Banat memenuhkan
ruangan meja di tengah dan hadapan.Cg. Rohaya sudah bersiap sedia menyambut
mereka di billik syura.Saya dan rakan2 PRS mengisi baki2 ruang yang ada.Semasa
taklimat diberikan,saya dapat perhatikan wajah2 mereka mengangguk-angguk tanda
faham.Majlis itu telah dipengerusikan oleh Hakimah.Selepas sesi taklimat dan
pengenalan PRS selesai,Ukhti2 Naim Lil Banat diberi peluang untuk bertanya
soalan.Alhamdulillah,walaupun sukar juga rasanya hendak menjawab soalan2
mereka,kami dapat merungkaikan jawapannya dengan berpuas hati dan memuaskan
hati mereka.Mereka banyak bertanya tentang masalah2 yang dihadapi oleh PRS2
kini bagi menjadikan rakan2 lain mumtaz juga dalam aspek J.E.R.I.Kami menjemput
mereka melewati bilik UBK(Unit Binbingan dan Kaunseling) untuk mereka
menambahkan lagi diari2 cinta ilmu dalam aktiviti seharian mereka kelak.Sesi
pengambaran juga dilakukan di bilik UBK.Ukhwah kami semakin erat.
2.15 – Mereka bersiap sedia untuk pulang ke
Kelantan.Entahlah kenapa tiba2 je terasa sedih di hati.Bagi kami,walaupun baru
sekejap berjumpa terasa sudah lama kenal.Kami saling bertukar-tukar dan
mengambil FB atau no.telifon untuk memanjangkan lagi ukhwah kami dan bukan
sekadar sampai di sini shj.Saya sempat bersalam dengan pengerusi PRS Naim Lil
Banat sambil mengucapkan kata2 terakhir.Mereka kelihatan ceria bercampur sedih
kerana hendak pulang. PRS SMKATJ menunggu mereka di pagar sekolah dan
melambaikan tangan semangat buat mereka.Kenangan ini sangat manis hendak
dikongsikan tetapi kemanisan yg sebenar adalah terletak di dlm ukhwah islamiah
itu sendiri.
p/s : Semoga pelajar2 SMKA Naim Lil Banat dapat mengambil
pengalaman dan ilmu yang bermanfaat di sekolah kami.Harap dimaafkan segala
kesilapan yang berlaku...Salam Ukhwah.Wallahua’lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan